Thursday 2 April 2015

LOTUS CITY

Memperkenalkan ! 
LOTUS CITY muslimah empire ! 
hehehe.

Bunga teratai sungguh indah dipandang mata,
sedangkan habitatnya dikawasan paya yang berlumut.  

Sama juga seperti gadis-gadis Islam yang tinggal dikota.
Ada yang sedang menuntut ilmu,
Ada yang bina kareer,
Ada yang cari pengalaman. 
Hebatnya mereka !

Godaan kota jangan dikira,
terlalu banyak,
kalau tak ditepis,
parah !
Hilang identiti.

Ada antara yang cukup tabah dengan pembawaan identiti Islam.
Yap ! Mereka suka fashion tapi mereka berlandaskan syarat ketetapan.
Itu lah gadis-gadis LOTUS CITY ! 

Untuk para gadis-gadis ini,
Qaseh sangat semangat untuk bina nama ini dan akan ada satu hari nanti untuk kamu semua.

Beauty and Health product,
Muslimah attire, 
insyaallah~ >.<





Thursday 4 December 2014

CRUSH

Assalamualaikum,
hai teman-teman.
Berteman kan lagu Lautan qaseh luahkan rasa hati.

Qaseh perempuan,
tak boleh berlebih kalau suka seseorang,
tak boleh tunjuk sangat,
biar semua orang tahu dengan jelas,
janji bukan dia,
selagi dia rasa malap,
Betul lah tindakan qaseh.

Jujur,
Qaseh suka dia kerana Allah,
inginkan dia sebagai suami qaseh,
dia sinar dia harapan,
qaseh tak tunjuk,
sebab qaseh yakin dengan kuasa doa.

Mula dari itu,
Qaseh mula ubah perlahan-lahan.
Tudung labuh,
baiki diri,
Dia 'boost' qaseh untuk jadi lagi lebih baik,
Dia pemula qaseh.

"cari lah jodoh..
tapi bukan pergi kepadanya,
baiki diri, sayangi diri
jadi yang lebih baik"

Qaseh tak pernah ada rasa macam ini,
sebab itu qaseh yakin,
kita punya jodoh. <3

Tapi satu hari.....
Qaseh dapat tahu,
dia suka gadis tu,
cantik,
natural,
tiada make up,
rambut  panjang..

Qaseh baru sedar,
hati tak cerminkan penampilan kita,
Qaseh singkap kekurangan diri,
betul,
munkin tiada yang baik pada qaseh,

"tiada cela, engkau sempurna"
dia tahu yang terbaik,
dia tahu siapa yang lebih memerlukan,
Qaseh undur diri,
biar Qaseh jaga diri ini,
sayang diri Qaseh sendiri,

dia dah curi hati Qaseh,
dalam diam Qaseh simpan,
biar masa yang hilangkan,
munkin terlalu mahal diri ini untuk dia miliki,

Qaseh faham,
tapi sampai saat sekarang,
Qaseh ingat dia,
sempurnanya dia dimata Qaseh.

Munkin bukan sekarang,
kalau jodoh,
tiada kemana,
hati Qaseh riang,
Alhamdulillah~
Qaseh terima seadanya.








Tuesday 25 November 2014

CAR BOOT SALE



Almari penuh ?
Bilik tidak muat ?
Nak refill balik dengan barang-barang baru tak ?

Haaa Car Boot Sale lah solusinya !
 Boleh dikatakan sekarang dah macam trend diorang menjual barang-barang terpakai dengan harga 'mampu milik' kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tiada istilah rugi kepada Penjual Car Boot sebab niat kita
bukan nak cari untung pun tapi :

#1:Nak clearkan almari supaya boleh diisi dengan barang baru
#2:Kemaskan bilik tidur dari serabut jadi kemas tersusun rapi
menjana kelapangan minda dan hati
#3:Kelebihan 2 dalam 1 bilik bersih pun yea dapat duit pun yea ommo ! hahaha
#4:Test bisnes markerting stratergy skill yang pernah belajar dalam kelas 
#5:Niat sedekah

Errr.... dapat tak point2 saya ?
oh please jangan 
Krik Krik Krik Krik
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
Jujur  eh mula-mula geram lah sikit bila mama pandai-pandai bagi free that baju to that person tapi mama pesan "niat sedekah lah kakak" jadi akhirnya minda ni berjaya serap dan hadam segala nasihat mama...#speechless#

LOKASI:
Au5 Lembah Keramat (Kampung waa~) K.L
WAKTU OPERASI:
Hari Ahad
7:00-12:00 pm untuk sesi pagi
3:00-7:00 pm untuk sesi petang
HARGA TAPAK:
Rm10 satu sesi
NAK TAHU LAGI ?
Tekan Tetikus anda disini yea !

Selain Melawati dan Dato Keramat,
Kawasan ni antara yang paling ramai pengujungnyaa 
 munkin kerana lokasinya yang stratergik dekat dengan padang FYI memang ada kakak2 pakcik2 makcik2 atuk2 nenek2 jogging dan aerobik disitu (Serius penduduk kat sini memang alert dengan penjagaan kesihatan) lepas tuh satu lagi area ni betul-betul menghadap kedai makan jadi lepas jerrr sarapan maka ramailah mereka yang datang singgah.

Kedua !
Kebanyakan penduduk yang tinggal diarea ini mereka menggunakan
servis 'maid' atau hot bibiks.
Biasanya hot bibiks ni akan datang ke kedai kalau kedai tu ada buat hot offers haaa hambik segerombolan akan datang kepada kita. Gila friendly laa diorang jadi QS x kisah sangat janji barang habis dijual cepat habis cepat bungkus haaa ni citer masa minggu pertama QS niaga.

So, nak dijadikan cerita hari Ahad lepas pada 23 Novermber 2014
 adalah kali ketiga QS berniaga. Bertemankan mama pemberi semangat dengan jayanya
QS bentangkan tikar hijau, pacakkan wardrobe MR.DIY yang tak berapa nak utuh yes yes kualiti jadi isu, susun semua baju-baju lama abah lipat cantik-cantik ala-ala mall style,
gantungkan semua baju-baju kurung dengan hanger pink dan
setup barang-barang lain seperti kasut diletakkan bahagian depan sekali dengan segala
bag-bag dilonggokkan dalam kotak merah belah tepi dan akhir sekali set up harga yang agaks berpatutan seiring dengan kualiti barang haaa gittewwww



Nilah hasilnyaaa....Tadaaa !




Harga baik punyaa 
pun ada jeww orang yang minta kurang jadi bagi sajalah




My baju kurung ada jew yang tak terjual jadi QS decide nak bagi orang 




Kasut saiz 41 dah rosak say bye bye go to recycle




Some stuff needed in my bonnet !





Tidak perlu nak susah-susah beli bag plastik yang bertag "Terima Kasih" 
macam kena keluar modal laahaai~ 
guna sajalah bag plastik 
B.O;F.O.S; H&M; Parkson; UniQlo; dan soso segala bagai 
sekurang-kurangnya kita "kitar semula" bag plastik yang kita tidak guna kaan 
haaa.. pengguna bijak !




Snap gambar jiran depan kedai, wut ! wut ! 
teropong-teropong...

Tersusun rapi pulak baju abah ni orang tak berani nak sentuh ke haaa curious ! 



 Hokaay, nak expose diri dua minit.

Bila mula boring jaga kedai biasanya QS akan amik bag duit 
terus merayau-rayau cari shawl. Sangat suka beli shawl disini dan tak takut nak beli pun sebaaab QS tahu style hijabers ni suka beli shawl pakai sekali dua lepas tuh jual kaan haa baik mengaku cepat ! rm4-8 jeww shawl yang diorang jual berbaloi-baloi

Okay disini sahaja celoteh saya..


"Hargai masa muda, agar tidak susah dihari tua"

Sekian..Terima Kasih daun keladi,
Ada Masa Kita Jumpa Lagi,




Friday 24 October 2014

BOOT TRENDY


Assalammualaikum Semua Hai Salam Perkenalan.
Hehehehe... Terujanya QS disini.. Ini adalah entri pertama jadi tanpa membuang masa QS nak 
memperkenalkan kepada ladies-ladies semua Boots Trendy Yaw so sangat Trendy bila dipakai hokay.. Trend kan sekarang ni well.. eh'heks 

Ada lima warna menarik 
untuk digayakan jadi pilih lah perlahan-lahan yah ! Hiks !


Material : PU Leather
Made in : Thailand
Price : RM 60 (include postage)

Bercerita tentang PU ni kan, ia dikenali sebagai Polyurethane a.k.a fake leather lah lebih kurang.. 
QS nak jelaskan tentang hal ini munkin ada sesetengah yang meragui adakah ianya ada kaitan dengan kulit babi, sebenarnya tidak. Boleh klik DISINI untuk kepastian.


Cantik kan amoi Thailand diatas tuhh.. Anda boleh saja gayakannya ketika ke Kampus.. atau ketika bercuti.. atau Marathon diMall ! hahaha.. Terpulang lah, kebiasaannya itulah tabiat saya sebab saya selesa berjalan dengan kasut seperti nihh.. tak sakit kaki dan ringan sahaja.. Tapi tidaklah seringan capal lah kan..Nampak nau nipunye..hehehe

Ada banyak lagi gambar dibawah sila-silakanlah skroll yah..


Pink color cantiknyaa untuk girlish-girlish diluar sanaa


Waahhh.. Warna  Light Brown pun adaa.. Nature sangat 


Speechless ! Rambang mata yeaa.. 
Kalau begitu Ladies semua boleh Wassap QS 0192560784 Okay ?
Hantarkan butiran anda yea..
Nama
Warna Dan Saiz

Haa Sebelum tuh Check ukuran Kaki yea.. 
Risau pula ukuran tidak sama nanti. 


Sekian..Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Kita Jumpa Lagi,